Pada suatu petang, aku dan dan jiranku Amin bermain layang-layang di
tengah padang di hadapan rumahku. Aku ingin mencuba layang-layang yang
baru dibeli oleh ayah semalam. Kebetulan pula masa itu cuaca cerah
dengan angin bertiup kencang tentu amat sesuai untuk bermain
layang-layang.
Sedang kami leka berusaha menaikkan layang-layang tersebut, tiba-tiba
kedengaran satu jeritan di jalan raya. Aku menoleh dan mendapati seorang
nenek jatuh terjelepok di tepi jalan. Manakala, sebuah motosikal pula
memecut laju meninggalkannya.
Tanpa berlengah, aku berlari mendapatkan nenek tersebut. Setibanya di
situ, kami segera membantunya bangun tetapi dihalang olehnya. Beberapa
tompok darah kelihatan di atas jalan raya. Kasihan sungguh melihatnya,
apatah lagi apabila medengar dia mengerang kesakitan.
Aku meminta Amin mengutip barang-barang nenek yang bertaburan sementara
aku pulang ke rumah untuk memberitahu keluargaku tentang kejadian
tersebut. Setelah melihat keadaan nenek itu, ayahku segera menelefon
ambulan bagi membawanya ke hospital.
Kira-kira 20 minit selepas itu, ambulan pun tiba. Sebelum bertolak ke
hospital, nenek itu sempat mengucapkan terima kasih kepada kami semua.
Selepas itu, aku bermain layang-layang semula dengan perasaan bangga
kerana dapat menolong nenek itu. Walau bagaimanapun, terdetik juga
kesedihan di hatiku daripada peristiwa ini. Janganlah bertindak zalim
serta bertanggungjawablah atas kesalahan yang kita lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan