Hadirin yang dikasihi,
Belajar secara kumpulan membolehkan kita berkongsi idea melalui sesi perbincangan atau sumbang saran. Oleh itu, pembelajaran berkumpulan pasti dapat memantapkan ilmu dan meningkatkan kemahiran berfikir.
Di samping itu, belajar secara kumpulan juga membolehkan pelajar berkongsi nota dan bertukar-tukar maklumat dalam masa yang singkat. Mampukah pelajar yang belajar secara kendiri memperoleh faedah sedemikian? Saya yakin, tidak!
Hadirin yang budiman,
Belajar secara berkumpulan juga dapat memupuk kerjasama. Pemupukan ini penting untuk melahirkan pelajar yang prihatin dan bertanggungjawab. Bukankah ini antara cara yang terbaik membentuk masyarakat yang cemerlang.
Selain itu, pelajar dapat memupuk pelbagai sikap positif terutama semangat berpasukan dan semangat berjuang untuk sama-sama memperoleh kejayaan. Sikap sebegini sukar diperoleh sekiranya anda belajar secara kendiri.
Berasaskan hujah-hujah tadi, jelaslah bahawa belajar secara kumpulan memang lebih baik berbanding belajar secara kendiri. Justeru, amalkanlah belajar secara berkumpulan demi kecemerlangan bersama.
Sekian hujah saya.Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan